fbpx

KPDN Johor puji tindakan pekerja halang penyelewengan RON95

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LILIS Saslinda Pornomo (tengah) menyempurnakan majlis Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor di sebuah pasar raya di negeri ini.

JOHOR BAHRU – Tindakan pantas seorang pekerja sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru kerana menghalang pemilik kenderaan berpendaftaran asing daripada mengisi petrol RON95 dipuji.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Johor Lilis Saslinda Pornomo berkata, tindakan pekerja itu telah memastikan barangan bersubsidi dikhususkan untuk rakyat tempatan tidak diseleweng.

Sehubungan itu katanya, pihaknya telah menjalankan siasatan selepas rakaman video berkenaan insiden tersebut tular di media sosial.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada Selasa lalu, dimana seorang pemilik kenderaan berpendaftaran asing menggunakan kad debit untuk mengisi minyak petrol RON95, namun berjaya dihentikan pekerja stesen.

“Kita mempunyai bukti bahawa pemilik kenderaan terbabit hanya sempat mengisi kurang daripada seliter minyak petrol RON95,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi, di sini hari ini.

Tambah Lilis Saslinda, pemilik kenderaan berpendaftaran asing yang merupakan seorang wanita itu kemudiannya mengisi minyak petrol RON97 seperti sepatutnya selepas teguran dibuat.

“KPDN Johor mengingatkan pengusaha stesen minyak untuk cakna dengan sebarang cubaan penyelewengan petrol RON95 oleh mana-mana pihak.

“Seramai 200 penguat kuasa KPDN Johor akan memantau bekalan barangan keperluan terkawal termasuk petrol RON95 demi rakyat Malaysia,” jelasnya sambil memaklumkan aduan awam dialu-alukan pihaknya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI