fbpx

Kereta api funikular Bukit Bendera antara tercantik dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta api funikular Bukit Bendera disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 kereta api funikular paling cantik di dunia.

GEORGE TOWN – Kereta api funikular Bukit Bendera mencatat sejarah apabila disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 kereta api funikular paling cantik di dunia oleh majalah pelancongan antarabangsa, Travel + Leisure.

Pengerusi Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai berkata, kereta api funikular Bukit Bendera adalah satu-satunya kereta api funikular seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara yang menerima pengiktirafan ini.

“Lebih membanggakan, kita turut berada sebaris dengan The Peak Tram di Hong Kong, satu-satunya kereta api funikular lain di Asia yang tersenarai,” katanya di sini hari ini.

Kereta api funikular Bukit Bendera mula beroperasi pada tahun 1923 dan kini menjadi salah satu tarikan utama pelancongan negeri.

Landasannya yang sepanjang 1,996 meter membolehkan pelancong tiba di puncak hanya dalam tempoh lima minit.

Menurut Hon Wai, senarai 10 kereta api funikular tercantik di dunia seperti yang diumumkan oleh Travel + Leisure adalah Stoosbahn di Switzerland, Floibanen di Norway, The Peak Tram, Hong Kong, Funicular Gloria, Lisbon Wellington Cable Car, New Zealand, Funicolare Centrale, Naples.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI