fbpx

Jojo One Nation Emcees meninggal dunia, rebah ketika dakwah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIMI Fly mengesahkan anggota kumpulan One Nation Emcees, Jojo meninggal dunia pagi tadi.

PETALING JAYA – Anggota kumpulan One Nation Emcees, Jojo meninggal dunia selepas rebah di masjid dipercayai akibat serangan jantung pagi tadi.

Perkhabaran mengejutkan itu disahkan rakannya, Mimi Fly yang dimaklumkan isteri Allahyarham Jojo, Siti Rohayu.

“Dia memang pernah mengalami strok beberapa bulan lepas.

“Saya dapat tahu dia tiba-tiba rebah di masjid ketika perjumpaan kumpulan tabligh.

“Baru tadi saya dapat panggilan daripada isterinya yang berada di Taiping. Saya tidak tahu lagi secara terperinci,” katanya.

Berkongsi lanjut, Mimi atau Shamimi Amalina Norhisham, 39, menyifatkan Jojo sahabat yang baik.

“Dua hari lepas kami baru berhubung dan ada perancangan untuk melakukan bisnes raya bersama.

“Jojo ini baik orangnya, saya dah lama tak jumpa dia.

“Kami hanya berhubung menerusi panggilan telefon kerana dia menetap di Taiping, Perak,” ujarnya lagi.

Difahamkan, Jojo atau nama sebenarnya, Nur Hasan Balas meninggal dunia ketika menyertai majlis Ijtimak Qudamak Seri Petaling di Masjid Sri Petaling – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI