fbpx

‘Jakuzi kematian’ perangkap hidupan bawah laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan tasik bawah laut berukuran 30 meter lebar ini dipenuhi dengan bahan beracun. - The Sun UK

WASHINGTON – Sebuah tasik bawah air di Teluk Mexico digelar ‘jakuzi kematian’ kerana dipenuhi dengan hidupan yang mati akibat keadaan airnya yang beracun, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Zon kematian tanpa dasar berukuran 30 meter lebar itu dipenuhi dengan campuran metana, air masin berlebihan dan hidrogen sulfida, menyebabkan hampir semua hidupan yang melintasi laluannya terbunuh.

Terletak hampir 914 meter di bawah Teluk Mexico, ‘jakuzi kematian’ itu empat kali lebih masin berbanding air laut di sekelilingnya, menyebabkan bangkai-bangkai tidak dapat bercampur.

Tempat berbahaya itu ditemui oleh saintis-saintis pada 10 tahun lalu apabila mereka menyedari bahawa hidupan yang masuk ke situ tidak pernah dilihat lagi selepasnya.

Zon tersebut digelar jakuzi kerana suhunya lebih panas daripada air di sekelilingnya.

Bagaimanapun, hanya satu hidupan boleh bertahan di perairan toksik itu iaitu kerang selain koloni bakteria. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI