fbpx

‘Jadi malim gunung, Bella kak long terbaik dalam dunia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIDI terharu dengan pengorbanan kakaknya, Bella yang sanggup mengendongnya ketika menuruni Gunung Kinabalu.

PETALING JAYA – Meskipun bertubuh genit, siapa sangka penyanyi Bella Astillah mampu mengendong adiknya, Didi Astillah ketika menuruni Gunung Kinabalu baru-baru ini.

Perkara tersebut dikongsikan Didi atau nama lengkapnya Dayang Nazillah Awang Astillah, 29, yang keletihan dan cemas melihat perjalanan menuruni gunung tersebut.

“Masa ini sudah mula rasa tak larat yang teramat sangat dan panik bila tengok tempat tinggi, rasa gayat sampai menangis.

“Kak Long (Bella) pujuk dan terus angkat saya ,” katanya dalam hantaran Instagram.

Pelakon drama Manis Agnes Jam 5 itu memuji Bella sebagai kakak terbaik kerana sanggup korbankan diri membantunya dalam kesusahan.

“Kakak sendiri jadi malim gunung. Bella memang Kak Long terbaik dalam dunia!,” ujarnya.

Dalam hantaran terbabit, Didi memuat naik video memaparkan Bella sedang mengendongnya  menuruni gunung berkenaan.

Sebelum ini, Bella, 36, berkongsi dia berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu bersama Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan berpakaian tradisional Melayu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI