fbpx

Hebat! Sakinah makin dibenci sebab ‘Astrid’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nama Sakinah kian meniti di bibir peminat impak watak Astrid dalam fenomena, Curang Tanpa Niat.

PENGLIBATAN Sharifah Sakinah dalam dunia lakonan bukan baru setahun jagung. 

Macam-macam drama dan watak sudah dijayakan adik kepada pengacara Sharifah Shahirah itu.

Namun, namanya kembali meledak selepas melakonkan watak penyondol bernama Astrid dalam drama Curang Tanpa Niat menerima kecaman hebat.

Dikutuk bukan kerana lakonan tidak bagus tetapi disebabkan berjaya membuatkan Astrid dibenci ramai. 

Kata penonton drama viral tersebut, lakonan Sakinah semakin bagus dan emosi yang diberikan sampai ke jiwa.

Bukan nak cakap lakonan sebelum ini tak bagus tetapi mungkin sebab watak Astrid kena dengan isu penyondol yang menjadi bualan ramai dan banyak bermain dengan emosi.

“Semakin ‘power’ lakonan Sakinah sekarang. Sebelum ini banyak tengok dia melawak saja.

“Dulu pun lakonan Sakinah memang bagus cuma sekarang tambah benci sebab Astrid,” komen netizen.

Tahniah Sakinah. Biarlah kena kecam sebab watak dibenci daripada kena label pelakon kayu. 

DIVA: Penat juga emosi kalau semua drama Melayu asyik tentang poligami dan kecurangan suami isteri.



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI