fbpx

Harga permit daki Gunung Everest dinaikkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Gunung Everest. - Foto AFP

KATHMANDU  – Bayaran permit untuk mendaki Gunung Everest akan meningkat selepas kerajaan Nepal menaikkan harganya buat kali pertama dalam tempoh hampir sedekad, lapor laman berita Sky News.

Nepal mengumumkan kenaikan 36 peratus dalam bayaran permit, menjadikannya berharga AS$15,000 (RM66,000) berbanding AS$11,000 (RM48,000) ketika ini.

Kadar baharu itu akan dikenakan untuk musim pendakian popular pada bulan April hingga Mei ini di sepanjang laluan standard South East Ridge atau South Col.

Kadar untuk musim pendakian September hingga November yang kurang popular dan musim Disember hingga Februari tahun depan juga akan meningkat sebanyak 36 peratus.

Ia akan naik kepada AS$7,500 (RM33,000) dan AS$3,750 (RM16,000) masing-masing untuk pendaki gunung setinggi 8,848 meter itu.

Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan Nepal, Narayan Prasad Regmi berkata: “Bayaran royalti (yuran permit) telah lama tidak disemak. Kami telah mengemas kininya sekarang.” 

Pendapatan daripada yuran permit dan perbelanjaan lain oleh pendaki asing merupakan sumber utama pendapatan dan pekerjaan bagi negara miskin itu.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI