PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 12 tengah hari ini.
Menurut MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh kawasan di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Di Perak, kawasan yang diramal terlibat adalah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak. Sementara di Selangor, ribut petir berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Labfat dan Sepang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Keadaan yang sama turut menjejaskan Negeri Sembilan di Seremban, Port Dickson dan Rembau. Manakala di Melaka pula meliputi Alor Gajah dan Melaka Tengah.
“Cuaca buruk ini juga diramal berlaku di Sarawak melibatkan Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit (Song),” tambahnya.
Sementara itu, di Sabah pula, ribut petir dijangka menjejaskan kawasan Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan). -KOSMO! ONLINE