PETALING JAYA – Cubaan seorang penjenayah cuba memperdaya wanita gagal selepas suspek ‘terkantoi’ menyebut nama tempat semasa melakukan penipuan.
Menerusi perkongsian pengguna media sosial dikenali sebagai Ili Aqilah, ‘scammer’ tersebut tersalah memberi nama tempat Kapar di Sabah.
Katanya, suspek tersebut cuba memperdaya mangsa dengan memberitahu namanya telah digunakan untuk membuka akaun sebuah bank di Sabah.
“Nama puan digunakan untuk membuka akaun bank di Kapar, Sabah. Dah jadi kes polis,”kata scammer tersebut.
Wanita itu sebaliknya membetulkan scammer tersebut dan memaklumkan Kapar terletak di Selangor bukannya di Sabah.
“Dik, Kapar di Selangor, Papar di Sabah,” jelas wanita itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan layanan wanita itu yang sempat ‘menyekolahkan’ scammer yang dianggap gagal subjek Geografi semasa di bangku sekolah.
“Scammer kantoi gagal geografi masa sekolah,”tulis Yanna Iyana.
Turut meninggalkan komen seorang pengguna dikenali sebagai Feika Kamaruddin.
“Aku pernah (pihak) pencegahan rasuah hubungi cakap aku terlibat dengan rasuah, termenung sekejap fikir aku dapat duit dari mana nak rasuah orang, kerja pun tidak,” kongsinya.-KOSMO! ONLINE