fbpx

Aqil hilang dari pusat tahfiz Pendang ditemukan di Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD Aqil Hilmi

ALOR SETAR – Remaja lelaki yang menghilangkan diri dari sebuah pusat tahfiz di Pendang, dekat sini sejak 15 Januari lalu ditemukan selamat di Ipoh, Perak pada semalam.

Bapa saudaranya, Mohd. Yusmarizal Mohd. Yusuf, 42, berkata, terdahulu keluarga Muhammad Aqil Hilmi Mohd. Yusdi, 16, menerima maklumat daripada orang awam tentang lokasi remaja tersebut berada.

“Alhamdulillah, Allah mengembalikan Aqil ke pangkuan kami. Kami menemui Aqil di Ipoh berdasarkan maklumat daripada orang ramai dan kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu.

“Aqil ditemui dalam keadaan sihat dan selamat. Ibu bapanya sangat gembira dengan perkembangan ini. Apabila mendapat berita tentang lokasi Aqil keluarga bergegas ke Ipoh untuk menjemputnya semalam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan remaja terbabit yang menghuni sebuah maahad tahfiz di Kubur Panjang, Pendang hilang dari asrama sekolah agama itu pada 15 Januari lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI