fbpx

6 anggota pengaman PBB di DRC terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kenderaan pengaman PBB berkawal ketika petugas-petugas badan dunia itu berpindah di Goma semalam. - AFP

KINSHASA – Pertempuran dengan kumpulan pemberontak M23 di timur Republik Demokratik Congo (DRC) menyebabkan enam askar pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) maut di timur negara itu, lapor saluran berita CNN semalam.

Menurut seorang pegawai PBB, dua anggota pasukan pengaman Afrika Selatan terbunuh kelmarin, manakala seorang askar Uruguay terbunuh semalam.

Tiga anggota pengaman Malawi turut terbunuh di timur DRC semalam, kata PBB dalam satu kenyataan.

Susulan insiden itu, Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar sehari lebih awal mengenai keganasan yang semakin meningkat di negara itu pada hari ini. 

M23 melakukan kemaraan yang ketara dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dengan mengepung bandar timur, Goma.

Ia mempunyai kira-kira dua juta orang penduduk dan merupakan hab serantau untuk usaha keselamatan dan kemanusiaan.

Menurut PBB, ia akan memindahkan sementara petugas-petugas yang tidak penting dari Goma seperti kakitangan pentadbiran.

“Kakitangan penting akan kekal di lapangan, mengekalkan operasi kritikal seperti pengagihan makanan, bantuan perubatan, tempat tinggal dan perlindungan untuk komuniti yang terdedah,” kata kenyataan PBB. 

M23 adalah salah satu daripada kira-kira 100 kumpulan bersenjata yang bersaing untuk bertapak di timur DRC yang kaya dengan mineral, di sepanjang sempadan dengan Rwanda.

Ia terlibat dalam konflik selama beberapa dekad yang telah mewujudkan salah satu krisis kemanusiaan terbesar di dunia. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI