fbpx

40 aduan kepenggunaan di Terengganu sejak 1 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ariffin (dua dari kanan) meninjau telur ayam yang termasuk dalam SHMMP Tahun Baharu Cina di sebuah pasar raya di Gong Badak, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Sebanyak 40 aduan berkaitan kepenggunaan diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu dalam tempoh 23 hari pertama tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Ariffin Deraman berkata, kebanyakan aduan pengguna yang diterima tersebut berkaitan kenaikan harga tidak munasabah.

“Sebanyak 18 kes atau 45 peratus aduan diterima berkaitan harga. Ia diikuti transaksi dalam talian (tujuh kes), barang kawalan (lima kes) dan perkhidmatan mengelirukan (empat kes).

“Selain itu, KPDN negeri turut menerima masing-masing satu aduan berhubung bengkel membaiki kenderaan, barang tiruan, perihal perdagangan palsu, sewa beli kenderaan, jualan kredit dan jualan langsung,” katanya ketika ditemui di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Terdahulu beliau melancarkan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina peringkat Terengganu.

Ariffin berkata, aduan tersebut banyak diterima di daerah Kuala Terengganu iaitu 19 kes.

Beliau berkata, Besut dan Dungun pula masing enam aduan, Hulu Terengganu (lima aduan) dan Kemaman (empat aduan).

“Kesemua aduan ini sedang disiasat dengan pihak syarikat atau pemilik perniagaan telah diberikan notis mengemukakan maklumat lanjut berhubung perkara tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI