fbpx

4 anggota polis, renjer dicekup culik 7 lelaki China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG suspek penculikan ditangkap dibawa anggota polis. - Foto Daily News

BANGKOK – Lapan individu ditahan di Thailand kerana disyaki menculik dan meminta wang tebusan sebanyak 2 juta baht (RM260,000) daripada tujuh lelaki dari China, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Mereka terdiri daripada empat pegawai polis dan seorang renjer serta tiga orang awam.

Mangsa berkata, mereka dibawa oleh tiga pegawai dari Biro Cawangan Khas, seorang pegawai dari Polis Peronda Sempadan, seorang renjer separa tentera dan tiga orang awam termasuk seorang individu dari Myanmar. 

Mangsa mendakwa bahawa mereka diculik dari daerah Chanuman di Amnat Charoen dan dipaksa menghubungi keluarga masing-masing untuk menuntut wang tebusan sebanyak 2 juta baht.

Beberapa saudara mangsa kemudian memaklumkan kejadian tersebut kepada polis Thailand.

Polis berjaya mengesan lokasi kesemua mangsa dan melakukan operasi menyelamat serta membebaskan mangsa sebelum menahan kelapan-lapan suspek. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI