fbpx

210 juta orang ketagih media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail beberapa orang menggunakan telefon bimbit di Hanoi, Vietnam. - Foto AFP

WASHINGTON – Satu kajian mendapati bahawa kira-kira 210 juta orang di seluruh dunia mengalami ketagihan terhadap media sosial, lapor akhbar New York Post semalam.

Ketagihan itu boleh mengakibatkan perubahan emosi, tidur terganggu, tanggungjawab diabaikan dan kekurangan hobi dalam kalangan pengguna.

Sebahagian pengguna yang ketagih menggunakan platform TikTok misalnya, menyatakan bahawa mereka tidak mungkin hidup tanpa aplikasi perkongsian video pendek itu.

Sebilangan yang lain mendapati diri mereka secara kompulsif menyemak platform media sosial untuk melihat jumlah tanda suka dan tontonan atau menghabiskan sebahagian besar hari dengan menatap skrin media sosial.

Pengarah Penyelidikan Ketagihan Pusat Vanderbilt, Erin Calipari berkata: “Banyak aplikasi direka bentuk menggunakan apa yang diketahui daripada penyelidikan psikologi untuk memaksimumkan penglibatan dan melibatkan sistem dalam otak yang mendorong kita melakukan sesuatu berulang kali sehingga ia menjadi tabiat.”

Pengarah Psikologi Pesakit Luar Klinik Cleveland, Kia-Rai Prewitt memberitahu, langkah pertama untuk menghindari ketagihan itu ialah dengan menetapkan matlamat penggunaan media sosial.

“Menetapkan matlamat tertentu tentang sejauh mana anda ingin menggunakan telefon bimbit anda adalah penting,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI