fbpx

10,123 peserta meriahkan MAIWP Run 2025 di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Kamarulzaman (belakang dua kanan) melepaskan para peserta pada larian MAIWP Run 2025 di Dataran MOF, Putrajaya di sini, hari ini. -Foto FAISOL MUSTAFA/PIX

PUTRAJAYA – Edisi ketiga MAIWP Run 2025 yang berlangsung di Dataran Kementerian Kewangan (MOF) hari ini mendapat sambutan meriah apabila disertai seramai 10,123 peserta.

Ia sekali gus menjadi edisi larian terbesar MAIWP Run dengan jumlah peserta teramai.

Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata, program kali ini dianjurkan dengan kerjasama Koperasi PPZ Bhd (KoPPZ).

Beliau berkata, larian itu disertai pelbagai kaum selain penyertaan dari beberapa peserta luar negara seperti United Kingdom, Kenya, Vietnam dan Australia.

“Larian ini membaitkan beberapa kategori iaitu 21 kilometer (km) yang diikuti oleh 2,000 peserta, 10 km (1,741 peserta), 5 km (2,617 peserta), dan 3 km (3,765 peserta).

“Dalam acara ini, penyertaan wanita lebih tinggi berbanding lelaki, dan dari segi kaum, majoriti peserta adalah Melayu, diikuti oleh kaum Cina, India, dan lain-lain,” katanya.

Katanya, program ini kali pertama dianjurkan pada tahun 2023 dan kini menjadi acara tahunan yang diadakan oleh MAIWP dengan kerjasama PPZ.

Syed Kamarulzaman berkata, tujuan utama penganjuran MAIWP Run 2025 adalah untuk memperkenalkan MAIWP secara lebih meluas kepada masyarakat umum.

Menurutnya, ia juga membantu memperkukuhkan kedudukan MAIWP sebagai sebuah organisasi yang aktif dalam pelbagai inisiatif komuniti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI