fbpx

Wanita dipinang lelaki lain mengamuk di rumah kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita mengamuk di rumah kekasihnya. - Foto Istimewa

JAKARTA – Seorang wanita datang dan mengamuk di rumah kekasihnya selepas dia dilamar oleh  lelaki lain dalam kejadian di  Mamuju Tengah, wilayah Sulawesi Barat, lapor portal berita Detik.com hari ini.

Wanita dikenali dengan sebagai AB dan berusia 30 tahun itu mengacukan sebilah pisau dan menendang kekasihnya,

Sebelum ini, lelaki tersebut dikatakan menulis kata cacian terhadap wanita berkenaan dalam aplikasi WhatsApp.

“Semasa komunikasi mereka, wanita itu mahu dilamar oleh lelaki lain. Namun, kekasihnya tidak bersetuju (dia menerima pinangan). Akhirnya keluar kata-kata cacian sehingga menyebabkan  perempuan itu marah,” kata ketua polis tempatan, Tito Alhafezt.

Sementara itu, seorang lagi pegawai polis, Saldi M berkata, AB sempat menendang dan mengacukan pisau ke kaki kekasihnya. 

Wanita dan kekasihnya itu diminta memberi keterangan kepada polis, namun mereka kemudian sepakat menyelesaikan kes itu secara kekeluargaan.

“Mereka sepakat untuk berdamai dan telah membuat surat pernyataan damai,” kata  Saldi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI