fbpx

Tahun Baharu Cina: 18 kawasan perangkap had laju di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein memakai topi kaledar kepada salah seorang penunggang motosikal semasa Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Advokasi sempena Tahun Baharu Cina di Plaza Tol PJS2, Lebuh Raya Pantai Baharu (NPE) di sini hari ini.

PETALING JAYA – Sebanyak 18 lokasi di sekitar Selangor akan menjadi tumpuan perangkap had laju sempena Ops Lancar yang dilaksanakan Polis Selangor bermula semalam sehingga 2 Februari depan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lokasi terbabit melibatkan tujuh daerah di negeri ini.

Jelasnya, antara lokasi tumpuan perangkap had laju tersebut adalah di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak (KLK,) Jalan Kuala Lumpur – Ipoh dan Jalan Klang Teluk Intan serta Plaza Tol Sungai Besi.

“Selain operasi perangkap had laju, Polis Selangor turut menbuat rondaan bagi di 62 kawasan ‘hotspot’ dan 32 kawasan blackspot di seluruh negeri ini.

“Matlamat ops ini dilancarkan adalah untuk melancarkan aliran trafik serta mengurangkan dan mengelakkan kemalangan jalan raya terutamanya di musim perayaan ini,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Advokasi sempena Tahun Baharu Cina di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan dan aduan boleh terus menghubungi Bilik Gerakan Trafik Bukit Aman di talain 03-2266 3356.

Selain itu aduan atau pertanyaan juga boleh dibuat ke Bilik Gerakan Trafik Selangor 03-55100559 atau Hotline CCC Selangor 03-55145206. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI