fbpx

Swiatek kempunan trofi Terbuka Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SWIATEK terus kempunan untuk menjuarai Terbuka Australia buat kali pertama dalam kariernya. - AFP

MELBOURNE – Pemain pilihan ke-19, Madison Keys mempamerkan keberanian luar biasa apabila bangkit menewaskan pemain No. 2 dunia, Iga Swiatek dalam aksi separuh akhir Terbuka Australia di Rod Laver Arena kelmarin.

Kemenangan dramatik Keys dengan keputusan 5-7, 6-1, 7-6 (10-8) melayakkannya mara ke final Grand Slam pertamanya di Melbourne dan akan bertemu juara bertahan, Aryna Sabalenka pada aksi penentuan hari ini.

Pertarungan berlangsung dua jam 35 minit itu menyaksikan Keys, 28, tidak dapat menahan sebak selepas berjaya menundukkan Swiatek yang merupakan juara Grand Slam lima kali.

“Di penghujung perlawanan, Madison (Keys) membuat keputusan yang sangat berani dan memberi tekanan pada saat-saat penting. Saya tidak dapat bermain dengan bebas seperti yang saya lakukan sebelum ini,” kata Swiatek yang berusia 23 tahun dari Poland.

Bagi Swiatek, peluang untuk meraih gelaran pertamanya di Melbourne hilang apabila gagal memanfaatkan mata perlawanan, selain mengakui keberanian Keys menjadi faktor penentu dalam aksi separuh akhir itu.

“Saya bermain dengan baik, tetapi dia (Keys) bermain lebih sempurna. Saya akan terus bekerja keras dan berharap dapat memanfaatkan peluang seperti ini pada masa akan datang,” tambah Swiatek.

Swiatek yang tampil dominan sepanjang kejohanan tanpa kehilangan satu set sebelum separuh akhir, kini perlu menunggu lebih lama untuk menambah koleksi gelaran Grand Slamnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI