fbpx

Sudah-sudahlah ‘ship’ Ameera, Jefri, risau muak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dalam satu sisi lain, keintiman Ameera dan Jefri kelihatan seperti sengaja dibuat-buat dan dipergunakan demi agenda publisti jenama komersial yang diwakili mereka.

MUTHAKHIR ini berlambak kisah cinta Ameera Khan dan Jefri Nichol muncul dalam media sosial.

Sampai satu tahap, Diva rasa muak tetapi hakikatnya ramai netizen teruja lihat kemesraan merpati dua sejoli itu.

Diva akui memang nampak sepadan tetapi kalau peminat terlalu melebih-lebih dan puji melambung sangat, naik bosan juga.

Kata orang, jangan kita terlalu beriya-iya atau menunjukkan sangat keseronokan bercinta, risau ‘frust’ menonggeng kalau terkandas di tengah jalan.

Pihak lain pun sama, masa nilah segala kempen nak disatukan si Ameera dan Jefri, macam belangkas jadinya.

Apa pun Diva tetap doakan yang baik-baik, cuma janganlah terlalu ‘ghairah’ berkongsi kisah cinta. Kalau tak jadi nanti, malu pula.

Diva: Trend artis putus cinta hilang sebentar dari dunia hiburan untuk ‘healing’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI