fbpx

Separuh badan wanita kena baham harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa dibahan seekor harimau semasa dalam perjalanan ke tempat kerjanya. - New Indian Express

NEW DELHI – Seorang wanita maut akibat dibaham seekor harimau ketika dia keluar menuai biji kopi di sebuah ladang di negeri Kerala, India, lapor portal berita New Indian Express semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 8.30 pagi (waktu tempatan) di Ladang Priyadarshani, daerah Wayanad. 

Polis tempatan berkata, mangsa yang bernama Radha, 47, diserang binatang buas itu semasa dalam perjalanan ke tempat kerjanya. 

“Mayat mangsa ditemukan sekitar pukul 11.15 pagi (waktu tempatan) oleh Pasukan Komando Elit. Mereka turut menemui kesan tapak kaki harimau di sekitar tempat kejadian.

“Penemuan menunjukkan harimau tersebut menyeret separuh badan Radha yang habis dimakan pada jarak sekitar 100 meter ke dalam hutan sebelum meninggalkannya,” kata polis. 

Polis berkata, pihaknya akan melakukan pelbagai cara untuk menangkap harimau itu. 

“Jika gagal, langkah terakhir adalah menembak binatang pemangsa itu,” kata polis.

Mayat mangsa dihantar ke hospital tempatan untuk bedah siasat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI