fbpx

Remaja lari rumah, merajuk ibu rampas telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Nur Aqilah.

KOTA BHARU – Seorang pelajar tingkatan empat lari dari rumah di Taman Desa Kemumin, Pengkalan Chepa di sini semalam selepas dipercayai merajuk apabila ibunya merampas telefon pintar kerana terlalu leka bermain gajet tersebut pada musim cuti persekolahan.

Rohana Yusoff, 51, menyedari anak perempuannya, Wan Nur Aqilah Wan Zamri, 16, tiada di rumah kira-kira pukul 5.40 pagi semalam.

“Sebelum ini, saya dan suami sudah beberapa kali menasihatinya supaya tidak kerap bermain telefon semasa musim cuti persekolahan.

“Oleh kerana tidak mendengar kata, saya bertindak merampas telefon pintarnya. Mungkin dia merajuk dengan tindakan saya dan senyap-senyap keluar dari rumah kira-kira pukul 9.30 malam.,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Rohana memberitahu, dia bimbang apabila mendapati anak gadisnya itu tiada di rumah sebelum terus menghubungi rakan remaja tersebut.

“Difahamkan, Wan Nur Aqilah berada di Melor. Saya juga berpesan kepada rakannya agar menghantar Nur Aqilah ke rumahnya dengan segera.

“Saya juga sudah membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Chepa, di sini selepas Wan Nur Aqilah masih belum pulang ke rumah hari ini,” katanya.

Terdahulu, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu hari ini mengeluarkan hebahan orang hilang iaitu Wan Nur Aqilah yang berketinggian 160 sentimeter, 60 kilogram selain mempunyai fizikal kurus dan tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI