fbpx

Pemilihan PKR: Penambahbaikan termasuk e-voting, kuota gender, etnik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuziah ketika sidang akhbar selepas hadir program Turun Padang Sempena Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2025 di Econsave The Scott Garden Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh ISKANDAR ISHAK/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan melaksanakan pemilihan parti di semua peringkat dengan pelbagai penambahbaikan bagi memastikan proses yang lebih telus dan inklusif.

Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata, pemilihan parti di semua peringkat akan tamat tempohnya pada 17 Mei ini.

Katanya, pemilihan kali ini akan memberi tumpuan kepada undian secara elektronik (e-voting) bagi memudahkan poses dan meningkatkan kecekapan.

“Baru-baru ini kita meluluskan di Kongres Khas Pindaan Perlembagaan di mana jumlah perwakilan itu bertambah kepada 30,000,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas memantau harga sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina di Econsave Scott Garden hari ini.

Fuziah turut menegaskan bahawa PKR akan memperuntukkan kuota khas untuk gender dan etnik dalam pemilihan kali ini bagi memastikan keterangkuman yang lebih menyeluruh.

Beliau juga memaklumkan bahawa pemilihan parti dijangka tidak bertembung dengan Pilihan Raya Negeri Sabah yang tempoh tamatnya pada hujung September ini.

“Besar kemungkinan tidak bertembung, tetapi sekiranyanya bertembung kita lihat bagaimana keadaannya nanti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI