fbpx

Nadi Desa Tun Razak perkasa komuniti menerusi teknologi, inovasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Wan Azizah ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Nadi Desa Tun Razak, hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Desa Tun Razak telah dirasmikan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan Nadi di Kuala Lumpur adalah sebanyak 24 buah.

Dilancarkan oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, ia juga menjadi salah satu daripada tiga Nadi baharu yang beroperasi sejak 17 September lalu di ibu negara.

Dr. Wan Azizah berkata, Nadi bukan sekadar peluang untuk belia, tetapi juga untuk golongan dewasa yang ingin menambah ilmu dan kemahiran.

“Program-program seperti bengkel teknologi, kursus pembelajaran digital, dan sesi latihan keusahawanan adalah antara inisiatif dalam memastikan kita terus relevan dengan perkembangan teknologi.

“Di pusat ini, kita bukan sahaja diajar cara menggunakan teknologi, tetapi juga diberi pengetahuan tentang bagaimana melindungi diri dan keluarga daripada ancaman dunia maya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Nadi Desa Tun Razak, di sini hari ini.

Sementara itu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan memaklumkan, Nadi Desa Tun Razak bakal menjadi ruang interaksi sosial dan tumpuan utama masyarakat setempat.

“Fungsi Nadi kini telah diperluas bukan sahaja untuk menyediakan capaian internet, tetapi juga untuk memperkasa komuniti.

“Ia disusun oleh MCMC melalui lima teras utama inisiatif perkhidmatan pintar yang diperkenalkan sejak Julai 2024 iaitu keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran, dan inisiatif kerajaan,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI