fbpx

Minuman keras bernilai lebih RM15 juta dirampas di Sibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 17,000 karton minuman keras tanpa cukai bernilai lebih RM15 juta dirampas dalam serbuan di dua premis di Sibu, Sarawak, Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, hasil serbuan Op Taring Alpha 2 itu juga pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 32 dan 41 tahun.

Jelasnya, turut dirampas ialah dua buah forklift, tiga buah lori bonded, sebuah kereta

“Tangkapan dan rampasan berkenaan dipercayai berjaya memutuskan rangkaian sindiket penyeludupan, pengedaran dan penjualan arak yang tidak berkastam yang bergerak aktif di sekitar Sibu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azmi berkata sejak 1 Januari sehingga hari ini, sebanyak 41 serbuan telah dijalankan seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 44 orang ditahan atas pelbagai kesalahan melibatkan penyeludupan barangan tidak berkastam, ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi, penyeludupan hidupan liar dan penjualan senjata tiruan.

“Keseluruhan nilai rampasan sepanjang tempoh itu dianggarkan berjumlah RM175,937,546.85,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI