fbpx

Maut dalam BMW: Jaga sekolah ralat tak cuba dekati mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad menunjukkan lokasi tempat kereta BMW dinaiki mangsa dan anak perempuannya berhenti berhadapan sekolah di Bandar Baru Uda, Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Seorang pengawal keselamatan sekolah ralat kerana tidak cuba mendekati dan melihat keadaan pemandu serta penumpang kereta BMW lebih awal sebelum mendapat tahu dua beranak maut dalam kenderaan itu, kelmarin.

Ahmad, 60, berkata, dia tidak mengesyaki sesuatu yang pelik kerana setiap hari ada sahaja kereta yang berhenti di tepi jalan hadapan sekolah di Bandar Baru Uda (BBU) di sini.

Katanya, dia menyedari kehadiran kenderaan mewah itu sekitar pukul 2 petang dan tidak bergerak dalam keadaan enjin masih hidup sehingga tamat syif kerjanya.

“Jadi, apabila kereta BMW itu berhenti di kawasan tersebut, saya memang tidak syak apa-apa cuma terdengar bunyi deruman enjin beberapa kali apabila pedal minyak ditekan. Saya hanya tengok dari jauh sahaja tetapi tidak nampak apa-apa kerana cermin kereta gelap.

“Sehingga 7 malam, saya tidak nampak sesiapa pun keluar dari kereta itu, tetapi enjin kereta masih hidup. Saya terkejut apabila rakan sekerja beritahu ada ibu dan anak meninggal dunia dalam kereta berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Semalam, akhbar melaporkan seorang ibu Nasran Azizah Ahmad, 44, ditemui meninggal dunia bersama anak perempuannya Nur Myiesya Dhaneeya Mohamed Syakir, 14. dalam kereta di tepi jalan di hadapan sekolah tersebut.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh dilaporkan berkata, pihaknya masih menunggu siasatan makmal dan siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI