fbpx

Man. City pertaruh ‘mesin gol’ baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARMOUSH (tengah) dijangka digandingkan dengan Haaland di bahagian serangan bertemu Chelsea awal pagi esok. - MAN. CITY

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola dijangka tampil dengan idea lebih segar untuk melayan kunjungan Chelsea di Stadium Etihad bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi esok.

Aksi kali ini dilihat menjadi perlawanan penting buat City bagi memperbaiki kedudukan dan kini strategi lebih baik ditagih daripada Guardiola khususnya mengembalikan keyakinan ekoran kekalahan 2-4 kepada Paris Saint-Germain di Liga Juara-Juara Eropah (UCL) kelmarin.

Jentera serangan The Citizens pastinya akan menjadi perhatian di mana Guardiola mungkin mengambil tindakan berani dengan menggandingkan Erling Haaland bersama penyerang baharu dibeli daripada Eintracht Frankfurt, Omar Marmoush.

Gandingan itu pastinya sesuatu yang menarik memandangkan variati permainan Marmoush mampu memberikan kelebihan kepada Guardiola merencana idea lebih segar.

“Saya tidak sabar, Erling (Haaland) adalah ‘mesin gol’ dan saya begitu teruja untuk bermain di sampingnya.

“Saya juga mahu belajar sesuatu daripada dia dan saya harap mampu membantunya untuk memastikan kami gembira dapat bermain bersama,” kata Marmoush selepas melengkapkan perpindahan dengan harga £59 juta (RM322.76 juta).

Bagaimanapun, Guardiola juga sekali lagi terpaksa berdepan isu kecederaan pemain apabila kali ini membabitkan Ruben Dias yang tidak dapat menamatkan aksi ketika tewas kepada PSG di Parc des Princes, Paris kelmarin.

“Dias berasa kurang selesa dan dia sendiri yang meminta untuk dikeluarkan,” kata Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI