fbpx

Liga Super: NSFC akur kekuatan Sang Badak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Sabah FC, Joad Pedro Boeira Duarte, diasak pemain Negeri Sembilan FC, Muhammad Harith Samsuri, ketika beraksi pada Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, hari ini. - Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

SEREMBAN – Kemenangan sulung di laman sendiri gagal menjadi azimat berkesan kepada Negeri Sembilan FC (NSFC) apabila tewas kepada Sabah FC, 1-2, dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini petang tadi.

Semangat juang tinggi para pemain tuan rumah yang menang kali pertama di Paroi pada 10 Januari lalu ke atas Sri Pahang FC, 2-1, dipatahkan oleh Sabah FC seawal minit ke-5.

Gawang NSFC dibolosi gol pertama Sabah hasil jaringan Saddil Ramdani yang berpunca daripada kesilapan pertahanan NSFC mengeluarkan bola dari sepakan sudut.

Pasukan pelawat hampir menambah bilangan gol pada minit ke-11 namun sepakan kencang Stuart Wilkin berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol NSFC, Muhamad Aqil Abdul Razak.

Manakala rangkaian serangan NSFC, Ricardo Pires Santos dan Jacque Faye gagal menghasilkan percubaan yang berkualiti menghasilkan gol.

Menyedari satu gol yang tidak mencukupi Sabah FC menggandakan asakan ke kubu tuan rumah pada separuh masa kedua.

Namun, barisan pertahanan NSFC yang dikendalikan ketua pasukan, Annas Rahmat terus bertindak cemerlang mengekang serangan pasukan pelawat.

Bagaimanapun, asakan berterusan itu akhirnya meruntuhkan pada minit ke-71 yang menyaksikan Sabah FC meraih gol kedua.

Pemain gantian, J. P. Boeira Duarte tidak mensia-siakan peluang semasa satu perebutan bola dalam kawasan kotak penalti tuan rumah denga menguis bola masuk bola ke dalam gawang NSFC.

Ketika permainan menghampiri penghujung, NSFC berjaya mendapatkan gol saguhati pada minit ke-82 hasil jaringan Hein Htet Aung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN