fbpx

Liga Super: JDT terus cemerlang, Gergasi Merah ‘gigit jari’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Juan Muniz meraikan jaringan bersama Romel Morales untuk membantu kemenangan JDT sebentar tadi.

PETALING JAYA – Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak mempunyai masalah untuk melakar kemenangan ke-17 musim ini selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 1-0 sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu, skuad Harimau Selatan berusaha untuk mengulangi kemenangan besar yang dicatat ke atas tuan rumah pada aksi Piala Malaysia minggu lalu dengan membariskan kesebelasan terbaik.

Seperti dijangka, JDT dikuatkan dengan tonggak utama seperti Bergson da Silva, Juan Muniz, Arif Aiman dan Romel Morales.

Pasukan pelawat berjaya meraih gol awal menerusi ledakan Muniz pada minit ke-12.

Namun, pasukan Sang Penyu dilihat berjaya bertahan dengan baik untuk mengekang asakan JDT dengan keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat.

Kemenangan tersebut menyaksikan JDT terus mengungguli carta liga musim ini dengan mengutip 52 mata selepas mengharungi 17 perlawanan.

Sementara itu, di Stadium Bandaraya, George Town, skuad Selangor FC terpaksa akur berkongsi satu mata dengan Penang FC apabila perlawanan berkesudahan seri 1-1.

Gol pasukan Gergasi Merah dijaringkan oleh Ronnie Fernandez pada minit ke-10 manakala Harimau Kumbang menyamakan kedudukan menerusi penalti yang disudahkan kapten, Rafael Vitor pada masa kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN