fbpx

Murid dipukul guru: KPM serah siasatan kepada PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (duduk empat dari kanan) ketika menghadiri Majlis Perhimpunan Kepimpinan Pendidikan Negeri bertempat di Dewan Sekolah Menengah (SM) Kian Kok hari ini. -Foto oleh IVAN AMIRUL/ KOSMO!

KOTA KINABALU – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyerahkan semua siasatan berkaitan kes dakwaan seorang murid dipukul oleh guru sehingga cedera pada 10 Disember lalu kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagaimanapun, beliau berkata, pihak Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengambil maklum tentang perkara terbabit.

“Hal ini termasuklah mengenai ahli keluarga Amirul Akil Mohd Izzat Emir, 12, yang dikatakan sudah membuat laporan polis.

“Kita akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa selain memantau kes ini daripada semasa ke semasa. KPM juga akan memberikan tumpuan berkaitan kaunseling kepada murid ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Kepimpinan Pendidikan Negeri bertempat di Dewan Sekolah Menengah (SM) Kian Kok hari ini.

Sementara itu, Fadhlina mengingatkan semua guru agar sentiasa berhati-hati dalam mengendalikan murid mahupun pelajar sekolah. Terdahulu, keluarga Amirul Akil memdakwa kanak-kanak terbabit dipukul oleh seorang guru di dalam kelasnya sehingga mendatangkan kecederaan pada 10 Disember tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI