fbpx

KL City wajib benam Buriram United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KL CITY (jersi merah putih) terpaksa akur tewas pada saat-saat akhir pada aksi ACC kelmarin. - CONG AN HA NOI FC

KUALA Lumpur City FC (KL City) berpeluang mencipta satu lagi kejutan pada penampilan di Kejuaraan Kelab Asean (ACC) musim ini.

Walaupun kekalahan 2-3 kepada Cong An Ha Noi FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur kelmarin semakin menyulitkan harapan untuk mara ke separuh akhir, namun pengendali KL City, Miroslav Kuljanac mahu kekal bersikap positif.

“Pasukan lawan mengubah cara bermain dan kami juga tidak bernasib baik. Namun, pada akhirnya saya berpuas hati dengan cara kami bermain.

“Seperti inilah yang kami perlu main setiap perlawanan walaupun bukan senang ekoran beberapa kesukaran kami hadapi.

“Kad merah kedua ‘membunuh’ kami. Sekarang kami kena menang lawan Buriram United, kami masih berjuang dan tidak boleh putus asa,” katanya.

The City Boys menamatkan aksi kelmarin dengan sembilan pemain selepas Kamal Azizi dan ketua pasukan, Paulo Josue dilayangkan kad merah.

Magis Kuljanac pastinya ditagih memandangkan Buriram United bakal dihadapi 6 Februari depan adalah satu lagi pasukan terkuat Kumpulan B yang kini berada di tangga kedua dan dilihat sebagai calon pilihan untuk layak.

“Paulo (Josue) dan Kamal tidak boleh bermain kerana kad merah, saya harap Brendan Gan akan kembali.

“Saya mungkin membawa beberapa pemain muda dan mereka akan mendapat peluang beraksi dengan pasukan yang bagus,” kata Kuljanac.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI