fbpx

Kilang kitar semula terbakar disita sejak Julai lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kilang barangan kitar semula yang musnah dalam kebakaran di Taman Ria Jaya, awal pagi tadi.

SUNGAI PETANI – Kilang barangan kitar semula yang musnah dalam kebakaran di Taman Ria Jaya, di sini awal pagi tadi, telah disita oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah sejak Julai tahun lalu.

Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, premis tersebut disita kerana disyaki menjalankan aktiviti pemerolehan kembali buangan terjadual secara haram buangan e-waste.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 34A (6),Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Seksyen 34B (1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, premis yang disita telah diceroboh dan dirompak pada malam semalam berkemungkinan bagi tujuan mendapatkan logam dan barangan lusuh sebelum didapati terbakar pada awal pagi tadi.

“Satu laporan polis telah dibuat oleh pemilik premis berikutan kejadian tersebut dan pihak JAS Kedah juga  telah membuat laporan polis berkaitan kes pencerobohan, kecurian dan kebakaran tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI