fbpx

Kilang kitar semula musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kilang barangan kitar semula di Taman Ria Jaya, musnah kira-kira 80 peratus dalam kejadian awal pagi tadi.

SUNGAI PETANI – Sebuah kilang barangan kitar semula di Taman Ria Jaya, di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Abdul Fataf Amdan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada pukul 2.35 pagi.

Beliau berkata, operasi disertai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Aman Jaya dan dibantu sepasukan anggota dari BBP Sungai Petani, Tikam Batu dan Yan.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran membabitkan kilang jenis binaan kekal barangan kitar semula.

“Kemusnahan kebakaran itu dianggarkan kira-kira 80 peratus dan tiada mangsa berada dalam kilang terbabit ketika kebakaran berlaku,” katanya di sini, hari ini.

Jelasnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI