DALAM diam penyanyi Hael Husaini terbang ke Milan, Itali bagi menghadiri pertunjukkan fesyen jenama tersohor.
Memang tuah badan sebab ini bukan kali pertama pelantun lagu Jampi itu dijemput ke acara fesyen di luar negara.
Berdasarkan penampilan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, Hael memang pilihan tepat sebagai wakil atau wajah sesebuah tanda dagang.
Banyak juga gambar dikongsikan dalam laman sosial, cuma ada suara nakal mengusik Hael nampak tak relaks ketika tiba di permaidani merah acara tersebut.
Diva tengok okey sahaja tetapi mungkin perkara itu diperkatakan apabila dia dikelilingi ramai jurugambar yang datang dari seluruh pelosok dunia.
Siapalah yang tak gemuruh kan. Apa-apa pun gaya Hael di sana termasuk ketika merakamkan foto bersama pereka fesyen dan aktor antarabangsa dapat pujian ramai sampaikan ada yang
menyangkanya bintang K-pop.
Diva: Agaknya selepas Milan, Hael bakal sambung percutian ke mana?