fbpx

Jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIAT jodoh biarpun dan selesa membujang, ini Deanna, Nasha dan Dayang mendahului senarai selebriti wanita tanah air yang masih belum sampai jodoh, namun tetap bahagia dengan acuan sendiri.

JODOH belum lahir dan selesa hidup sendiri. Itu antara alasan, sama bersifat kelakar dan bersandarkan realiti yang sering diungkapkan golongan bujang hari ini apabila ditanya alasan masih hidup solo walhal segelintirnya sudah memasuki angka 50-an.

Perihal lambat kahwin tidak memilih status, boleh berlaku kepada orang biasa, kerabat bahkan golongan selebriti. Baru-baru ini, tiba-tiba isu terlajak bujang kembali menjadi bualan hangat dalam industri seni.

Semuanya bermula apabila penyanyi Amira Othman dan guru vokal popular, Datuk Syafinaz Selamat sering ditanya soalan sedemikian. Memikir tentang hari tua, Syafinaz tiada masalah menghabiskan sisa usia di rumah penjagaan orang tua jika itulah takdirnya. Impaknya, perkara itu dekat dengan masyarakat, ramai golongan wanita bujang mengakui mahu mengikut jejak Syafinaz sekiranya tiada calon suami.

Berikut senarai selebriti wanita tanah air yang masih belum sampai jodoh, namun tetap bahagia dengan acuan sendiri.

Deanna Yusof

 

BINTANG Ringgit Kasorrga, Deanna Yusoff genap usia 58 tahun pada 5 Januari lalu. Selain pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-10 pada 1992 bagi filem Selubung, Deanna juga pernah muncul dalam filem antarabangsa, Anna & The King dan beberapa judul lokal, Chermin dan CEO. Bintang kacukan Melayu-Switzetland itu sebenarnya mula menjauhkan diri dari radar dunia hiburan tempatan sejak 2017 dan kerap berada di luar negara.

Dalam satu temu bual, Deanna mengakui kekal solo biarpun banyak spekulasi mendakwa dia telah berkahwin dan memiliki anak. Kekal jelita seperti dijauhi usia emas, wanita yang mengamalkan gaya hidup sihat dan penjagaan kulit dan kesihatan secara semula jadi itu berkata, anda akan kelihatan muda jika anda selalu berasa muda.

Nasha Aziz

MENCECAH usia 54 tahun dan kekal jelita, Nasha Aziz tidak lagi diasak persoalan berkaitan perkahwinan setiap kali ditemui media, namun pertanyaan ke arah itu tetap berlegar dalam kalangan netizen.

Bukan tidak pernah mempunyai perancangan, pada 4 Jun 2006, Nasha pada usia 37 tahun ketika pernah mengikat tali pertunangan dengan pengarah fotografi filem terkenal, Helmi Mohd Yusof, 29, dan dijadual melangsungkan perkahwinan sekitar Julai 2007.

Namun, ikatan tersebut terlerai beberapa bulan kemudian tanpa berkongsi punca perpisahan kepada umum. Tidak tertekan dengan pandangan masyarakat terhadap golongan wanita yang lambat berkahwin, Nasha sebelum ini pernah memberitahu dia gembira dengan kehidupannya dan menyerahkan semuanya kepada takdir Tuhan.

Dayang Nurfaizah

PEMILIK nama sebenarnya, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, sebelum ini memberitahu dia tidak menolak jodoh sekiranya ia datang dalam waktu terdekat memandangkan usianya kini sudah menginjak 45 tahun.

Dia juga mengakui kerap diasak dengan soalan berkaitan perkahwinan sejak beberapa tahun lalu. Pelantun lagu Di Pintu Syurga itu juga menyerahkan soal jodoh sepenuhnya kepada Tuhan.
Dayang juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa gosip cinta dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia kerap dikaitkan dengan penyanyi, Hael Husaini. Namun, hubungannya dengan Hael sekadar kawan meskipun peminat mahu melihat mereka benar-benar bercinta.

Sherry Ibrahim

PERNAH menyulam cinta bersama Fattah Amin selama dua tahun selepas putus sekitar tahun 2016, Sherry Ibrahim antara selebriti wanita yang kerap diasak tentang soalan kahwin.
Tidak pernah jemu berdoa tentang jodoh, Sherry, 42, sebelum ini berkata, dia bukan tidak mempunyai niat untuk mendirikan rumah tangga tetapi baginya hidup membujang juga bukan satu dosa. Enggan menjadi terlalu cerewet, Sherry juga juga tak meletakkan syarat tinggi dan terbuka mengenali mana-mana lelaki untuk dijadikan pasangan hidup.

Sherry sebelum ini pernah dikecam dan dituduh tidak ‘move on’ kerana memberi kata-kata semangat buat Fattah ketika aktor itu berdepan dengan perceraian tahun lalu. Dia juga pernah dikaitkan dengan Ryzal Jaafar apabila menerima hadiah berupa jambangan bunga lili oleh pelakon itu ketika ulang tahun kelahirannya.

Farahdhiya

KEKAL jelita pada usia 41 tahun, penyanyi juga pelakon Farahdhiya pernah mengakui belum mendirikan rumah tangga kerana 90 peratus lelaki yang mahu mendekati dirinya adalah suami orang.
Dia kekal berpegang prinsip tidak akan berkahwin dengan suami orang dan akan menolak awal-awal sekiranya disunting untuk menjadi isteri kedua.

Wanita kacukan Melayu-Inggeris itu juga mengakui pernah bercinta dengan beberapa orang lelaki sebelum, namun semuannya sekerat jalan dan tidak berakhir sehingga ke jenjang pelamin.
Bukan itu sahaja, penyanyi Bertakhta Di Hati itu juga pernah dilabel lesbian (menyukai sesama jantina) hanya kerana masih berstatus solo sehingga hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI