fbpx

Isu beras, padi: Perlu libat urus panjang, kepentingan semua pihak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad ketika sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Nasional Amanah di Klang hari ini. FOTO:AFIQ RAZALI/ KOSMO!

KLANG – Isu kekurangan bekalan beras tempatan dan harga belian padi melibatkan sesi libat urus yang panjang dengan mengambil kira kepentingan semua pihak.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kerajaan memerlukan masa bagi mencari jalan penyelesaian terbaik dalam proses itu kelak.

Tegas beliau, faktor itu memfokuskan kepada pihak berkepentingan sama ada pengguna, petani, pengilang dan pengedar.

“Ia perlu dijaga kerana mereka mempunyai peranan masing-masing dan kita perlu membuat libat urus dengan lebih panjang.

“Kita akan berbincang dengan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL)yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kita akan membuat perubahan hasil persetujuan beliau nanti,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) 2024 di Bandar Bestari di sini, hari ini.

Kelmarin, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menegur Ketua Kluster NACCOL, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal supaya merujuk kepada pihak berkuasa berkaitan isu beras putih tempatan (BPT) sebelum mengeluarkan kenyataan.

Mengulas lanjut, kata Mohamad, perbincangan dengan Perdana Menteri akan dimulakan seawal minggu pertama sidang Parlimen tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI