PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di Sarawak sehingga pukul 12 tengah hari ini.
MetMalaysia memaklumkan keadaan ini menjejaskan beberapa kawasan seperti Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song).
Walau bagamainapun, cuaca cerah dan baik dilihat berlaku di kesemua negeri di Semenanjung serta Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan untuk berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan harta benda akibat angin kencang.
Orang ramai turut disarankan untuk menangguhkan aktiviti luar dan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh cuaca tidak menentu ini. – KOSMO! ONLINE