fbpx

Himpunan Rakyat Benci Rasuah di Dataran Merdeka aman, terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana himpunan sekitar Dataran Merdeka sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang disertai lebih 100 mahasiswa dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan di Dataran Merdeka sebentar tadi berakhir dengan aman dan terkawal.

Sebelum itu peserta himpunan berkenaan berkumpul di hadapan pekarangan Pusat Beli Belah Sogo kira-kira pukul 2.30 petang sebelum berarak ke Dataran Merdeka melalui Jalan Tunku Abdul Rahman.

Tinjauan Kosmo! mendapati himpunan hampir dua jam itu berlangsung secara aman dan terkawal dan tiada sebarang kekecohan tidak diingini berlaku.

Difahamkan, suasana sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman juga sedikit sesak apabila peserta bergerak dari Sogo ke Dataran Merdeka.

Himpunan tersebut diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya generasi muda untuk bersama-sama menentang rasuah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI