fbpx

Empat pemain warisan bakal perkuat Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski boleh tersenyum apabila empat pemain warisan baharu dijangka mewakili skuad kebangsaan dalam masa terdekat. - Foto FARIZ RUSADIO/KOSMO!

PETALING JAYA – Skuad revolusi Harimau Malaya mendapat khabar gembira apabila sekurang-kurangnya empat pemain warisan baharu bakal diserap dalam pasukan kebangsaan menjelang kempen kelayakan Piala Asia 2027, Mac depan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan mengesahan proses mendapatkan kerakyatan Malaysia bagi empat pemain warisan baharu itu kini sedang menunggu kelulusan muktamad daripada Kerajaan Malaysia

“Selain itu, FAM juga dalam proses melengkapkan dokumentasi bagi empat pemain lain.

“FAM berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia atas sokongan yang diberikan dalam usaha meningkatkan mutu pasukan Harimau Malaya,” kata kenyataan yang dikeluarkan badan induk bola sepak negara semalam.

Sebagai rekod, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini mendedahkan tujuh pemain berada dalam radar untuk menguatkan ‘revolusi’ Harimau Malaya yang dikendalikan oleh Peter Cklamovski.

“Pertahanan tengah, pertahanan kiri, penyerang, pemain tengah, tengah menyerang dan sayap kiri.

“Majoriti bermain di liga utama di Eropah. Tiada dari England, kebanyakan (dari) selatan Eropah,” tulis Tunku Mahkota Ismail menerui laman sosialnya baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI