fbpx

Ejen hartanah rugi RM118,150 diperdaya tawaran kerja ‘affiliate’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KULAI – Seorang ejen hartanah kerugian RM118,150 selepas terpedaya dengan tawaran pekerjaan sambilan secara ‘affiliate’ iaitu dengan menerima tempahan daripada pelanggan di sebuah laman sesawang.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mangsa iaitu seorang wanita berusia 47 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian itu, semalam.

Menurut beliau, sindiket penipuan tersebut menawarkan pelaburan dengan pulangan 20 peratus atau sehingga RM1,000, sehari.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran berkenaan telah membuat lima transaksi ke dalam dua akaun berbeza antara 11 Januari hingga 17 Januari lalu berjumlah RM118,150.

“Selepas pelaburan dibuat, mangsa dimaklumkan telah mendapat keuntungan sebanyak RM34,809, namun apabila mangsa hendak mengeluarkan wang tersebut, akaunnya telah disekat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Seng Lee, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI