fbpx

Delegasi Malaysia ke 4 negara perkukuh hubungan, fokus ekonomi – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PETALING JAYA – Kejayaan misi delegasi Malaysia ke empat negara iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), United Kingdom, Belgium dan Switzerland bertujuan memperkukuh hubungan dua hala, menarik pelaburan, serta meningkatkan perdagangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lawatan tersebut turut membuka peluang untuk memahami pendekatan negara-negara ini yang memberi fokus kepada ekonomi, budaya ilmu, kemahiran, keterampilan, dan kecerdasan buatan.

“Meskipun rencam politik, pimpinan dan rakyat negara-negara ini memberi tumpuan penuh pada ekonomi, budaya ilmu, kemahiran, keterampilan dan kecerdasan buatan.

“Sikap ini harus kita teladani ketimbang sepanjang masa berbicara soal titik bengik yang memecah belah dan merugikan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan, beliau turut memanfaatkan misi tersebut untuk mengukuhkan hubungan ASEAN sebagai kekuatan rantau yang harus berlandaskan keterangkuman dan kemampanan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menekankan bahawa kebangkitan Malaysia dan ASEAN harus berpaksikan perkongsian kemakmuran yang adil tanpa mengecualikan mana-mana pihak.

“Di bawah kepengerusian Malaysia, blok ini berpegang teguh pada prinsip kepusatan ASEAN.

“Di mana kita bebas bekerjasama dengan Amerika Syarikat, China, India, Eropah dan negara-negara lain tanpa perlu memihak atau terikat dengan konflik luaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI