fbpx

Benua di Bumi retak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REKAHAN yang semakin meluas di Afrika. - Foto Nation

WASHINGTON – Sekumpulan saintis memberi amaran bahawa Benua Afrika akan terpisah lebih cepat daripada yang disangkakan sebelum ini, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Rekahan sepanjang 56 kilometer di padang pasir Ethiopia itu muncul pada tahun 2005 dan melebar pada kadar 1.27 sentimeter setahun.

Penyelidik-penyelidik sebelum ini percaya rekahan itu akan mengambil masa berpuluh-puluh juta tahun untuk memisahkan benua tersebut.

Namun, pakar kaji bumi Universiti California, Profesor Ken Macdonald berkata, rekahan itu boleh memisahkan Benua Afrika jauh lebih cepat iaitu dalam tempoh satu hingga lima juta tahun.

Pemisahan itu juga akan mewujudkan lautan dan benua baru di Bumi. 

“Apa yang mungkin berlaku ialah perairan Lautan Hindi akan masuk dan membanjiri kawasan yang kini dikenali sebagai Lembah Rekahan Afrika Timur,” kata Macdonald. 

Beliau menambah, lautan baru boleh menjadi sedalam Atlantik jika air laut terus mengalir ke kawasan itu.

Retakan itu merentangi Somalia, Kenya, Tanzania dan separuh daripada Ethiopia.

Menurut MacDonald, benua  baharu itu akan dikenali sebagai Benua Nubian. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI