fbpx

Bayi setahun meninggal dunia dalam kereta bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA SAMARAHAN – Seorang bayi lelaki berusia setahun 10 bulan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di kerusi penumpang belakang kereta bapanya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Jaimi Husin berkata, perkara itu dilaporkan oleh bapa bayi tersebut, 33,pada pukul 4.41 petang.

“Lelaki terbabit segera membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Kota Samarahan untuk pemeriksaan.

“Paramedik juga telah berusaha menyelamatkan mangsa melalui bantuan pernafasan namun gagal, sebelum mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes telah dirujuk ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.

Katanya, pihaknya membuka dua kertas siasatan iaitu satu kes kematian mengejut dan satu lagi di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI