fbpx

‘Banyak pahala dapat bila orang ikut ilmu kita kongsi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nora ingin mengutip pahala sebanyak mungkin pada fasa hidup sekarang.

PETALING JAYA – Pelakon Nora Danish enggan mendalami ilmu agama seorang diri sebaliknya mahu terus menyebarkan kepada orang sekeliling.

Nora atau nama penuhnya Nora Mohd. Danish Hanif, 42, berkata, tujuannya berkongsi segala ilmu dalam media sosial kerana percaya ramai yang berusaha istiqamah sepertinya.

“Saya memang kongsi sahaja kepada anda apa yang saya tahu.

“Sebab saya tahu pengikut media sosial lain juga nak istiqamah. Jadi, saya kongsi apa yang mampu, sama-sama perbaiki diri,” katanya dalam Instagram Story.

Katanya, perkongsian berkaitan hal agama bukan berniat mahu menunjuk-nunjuk dirinya insan yang hebat

Bahkan, setiap ilmu yang dikongsi dan diamalkan oleh orang lain akan mengalir menjadi pahala untuk dirinya.

“Niat saya satu sahaja hanya untuk kita semua sama-sama tambah baik kekurangan diri, bukan sebab rasa diri sudah sempurna.

“Jauh lagi daripada sempurna sebab saya juga manusia biasa yang baru hendak belajar dan akan sentiasa melakukan kesilapan.

“Sebab apa yang disampaikan, kalau satu orang ikut dan contohi kita, banyak pahala yang kita dapat, itu yang kita inginkan. Sama-sama kongsi ilmu, bukannya sorok-sorok seorang diri,” jelasnya.

Terdahulu, sejak berhijrah memakai hijab, Nora aktif berkongsi tentang hal agama terutama tafsir al-Quran dalam media sosialnya.

Nora juga antara artis wanita yang kini aktif menghadiri kelas agama anjuran pendakwah bebas dan selebriti tanah air lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI