fbpx

Bagnaia kekal ‘gentleman’ biarpun dikritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGNAIA (kiri) bersama Marquez (kanan) pada majlis pelancaran jentera Ducati diadakan di Madonna di Campiglio, Itali baru-baru ini. - DUCATI CORSE

MILAN – Pelumba sensasi Ducati, Francesco Bagnaia akan terus mengekalkan gaya perlumbaannya sebagai seorang ‘gentleman’ meskipun menerima kritikan kerana dianggap kurang agresif di litar.

Bagnaia menjadi sasaran kritikan selepas persaingan sengit dengan Jorge Martin dari Pramac Racing musim lalu sehinggakan pengurus pasukan Ducati, Davide Tardozzi menggesanya supaya bertindak lebih agresif untuk mempertahankan kejuaraan.

“Martin berani untuk menjatuhkan kamu. Dia sudah bersedia dari awal grid untuk mengganggu kamu. Dia melakukan apa yang perlu dilakukan dan itulah kamu perlu lakukan nanti. Kamu tidak boleh sentiasa menjadi gentleman,” kata Tardozzi.

Musim ini, tekanan buat Bagnaia semakin meningkat dengan kehadiran juara dunia enam kali, Marc Marquez menyertai pasukan Ducati menggantikan Enea Bastianini.

Kehadiran Marquez mencipta dinamik baharu sekali gus mencetuskan perbandingan sebagai pasukan ‘super team’ pertama sejak era Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo di Yamaha pada awal 2010-an.

Bagaimanapun, Bagnaia kekal optimis dan enggan terikut-ikut dengan cara Marquez yang cukup dikenali sebagai pelumba agresif di litar.

“Saya tahu cara saya berlumba. Saya akan biarkan Marquez menjadi pelumba yang tidak gentleman, manakala saya kekal seperti biasa. Saya tidak akan berubah dan akan terus berlumba dengan gaya saya,” kata Bagnaia.

Selain cabaran rakan sepasukan, Bagnaia juga perlu berdepan saingan hebat daripada Martin yang kini semakin matang dan berpengalaman untuk mencabar dominasinya sekali gus bakal mewujudkan pertempuran lebih sengit musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI