PETALING JAYA – Mempunyai cara tersendiri, pelakon Datin Intan Najuwa mendedahkan akan merendam mukanya dalam ais setiap pagi bagi mendapatkan kulit wajah yang cantik.
Menurut Intan, 29, alaman tersebut dilakukannya setiap hari selain mengamalkan rutin pemakanan sihat.
“Setiap pagi saya akan rendam muka dalam ais. Saya juga rajin memakai ‘face mask’ dan ‘eye mask’.
“Kemudian minum saja jus saderi setiap hari kalau malas nak lakukan rutin rawatan penjagaan wajah. Memang dijamin kulit akan licin,” katanya dalam Instagram Story.
Dalam pada itu, Intan juga memberitahu akan kembali aktif dalam dunia lakonan sekiranya badannya sembuh sepenuhnya selepas melahirkan anak sulungnya pada Disember lalu.
“Ya, saya akan kembali berlakon kalau sudah sembuh.
“Ketika ini saya beri fokus kepada anak, kerjaya dan bisnes. Itu sahaja tentang diri saya,” ujarnya.
Intan yang mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos 2023 itu selamat melahirkan cahaya mata pertamanya, Imane Lunara pada 15 December tahun lalu. – KOSMO! ONLINE