fbpx

4 hilang nyawa berebut angpau 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berkumpul di hadapan rumah untuk menerima angpau di Phnom Penh kelmarin. - AFP

PHNOM PENH, Kemboja – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh, manakala lima yang lain cedera dalam insiden rempuhan di rumah hartawan paling kaya di Phnom Penh, lapor portal berita ABC News kelmarin. 

Kejadian berlaku apabila hartawan tempatan bernama Sok Kong memberi makanan dan wang tunai sebagai hadiah sempena perayaan Tahun Baru Cina, baru-baru ini.

Jurucakap Polis Phnom Penh, Sam Vichhika berkata, beratus-ratus orang meluru masuk apabila pintu pagar rumah Sok Kong dibuka untuk memulakan pengagihan wang tunai 40,303 riel (RM44) dan dua kilogram beras setiap seorang. 

“Semua mangsa rempuhan rebah ke tanah. Mereka kemudian dibawa ke hospital berdekatan untuk dirawat. 

“Dua wanita dan dua lelaki berusia antara 37 hingga 71 tahun meninggal dunia. 

“Tidak pasti sama ada mereka terkorban akibat rempuhan atau kecederaan yang dialami selepas terjatuh,” tambahnya. 

Pihak berkuasa segera meleraikan orang ramai di tempat kejadian dan memberhentikan acara tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI