fbpx

2 maut, lima parah Toyota Harier bertembung Wira di Tangkak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mangsa kemalangan di Jalan Sagil-Jementah berhampiran Estate Gunung Ledang, Tangkak malam semalam.

TANGKAK – Dua maut manakala lima lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta Proton Wira bertembung Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Toyota Harier di Jalan Sagil – Jementah berhampiran Estate Gunung Ledang di sini, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 malam itu, mangsa yang maut melibatkan dua lelaki masing-masing berusia 56 tahun.

Sementara, mereka yang cedera terdiri daripada dua penumpang Proton Wira berusia 21 dan 53 tahun serta tiga yang menaiki Toyota Harrier.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shahid Abd Razak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.08 malam sebelum menggerakkan 10 anggota ke lokasi kejadian.

“Sebaik tibanya Pasukan Keluar Operasi (PKO) mendapati terdapat tujuh mangsa kesemuanya dengan dua daripadanya meninggal dunia di tempat kejadian, manakala lima lagi cedera,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kesemua mangsa cedera dibawa menaiki ambulans untuk menerima rawatan di hospital berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI