fbpx

10,000 projek di Kampung Baru Cina mampu siap dalam dua penggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOR MING melihat pameran kerja-kerja baik pulih dan naik taraf perumahan di Kampung Baru Cina di Sungai Siput, Perak hari ini.

SUNGAI SIPUT – Sebanyak RM121.38 juta telah dibelanjakan untuk projek pembangunan Kampung Baru Cina bagi tahun 2024, meningkat 13.4 peratus berbanding tahun 2023 berjumlah RM107.07 juta.

Perbelanjaan itu adalah melalui Bahagian Kampung Baru Cina di bawah Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menyelia pembangunan 613 buah Kampung Baru di Semenanjung Malaysia.

Menteri KPKT, Nga Kor Ming berkata, bagi tahun 2024 juga sebanyak 934 projek pembangunan telah dilaksanakan.

“Ini tentunya satu pencapaian. Bayangkan satu tahun 1,000 projek. Jika dua penggal (menjadi kerajaan), kita boleh siapkan 10,000 projek infrastruktur di Kampung-kampung Baru. Itu belum lagi di kampung-kampung tradisi (Melayu) yang lebih hebat lagi,” katanya kepada pemberita dalam Program Sentuhan Kejayaan Kampung Baru Tahun 2024, di sini hari ini.

Antara projek yang dinyatakan beliau ialah 631 projek kemudahan dan infrastruktur asas, bina baru dan baik pulih 303 buah rumah, pemasangan 1,233 batang lampu jalan solar jenis LED, enam projek geran sosioekonomi dan 768 program komuniti.

Tambah Kor Ming, jumlah penduduk di Kampung-kampung Baru Cina kini berjumlah lima juta orang iaitu sebahagian besar daripada keseluruhan masyarakat Cina di seluruh Malaysia sebanyak tujuh juta.

“Di bawah kerajaan Madani, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menjaga semua kampung-kampung tradisi Melayu, iaitu lebih 16,000 buah kampung. Manakala KPKT pula diamanahkan untuk menjaga Kampung-kampung Baru Cina,” katanya.

Sementara itu beliau melahirkan rasa tidak puas hati kerana peruntukan di bawah Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru (PKBC) kurang mendapat sambutan memandangkan masih terdapat RM144.6 juta yang tersedia di bawah skim itu.

Skim PKBC adalah program bantuan kewangan berbentuk pinjaman kepada penduduk Kampung Baru bagi membayar premium pajakan tanah, menyokong aktiviti perniagaan kecil, dan menaik taraf rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI