fbpx

‘Yang datang nak alter spender, coli pun ada’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi di aplikasi Threads.

PETALING JAYA – “Ada yang datang nak repair (baiki) spender (seluar dalam) pun ada, nak alter (ubah suai) coli pun ada”.

Itu antara pengalaman yang diceritakan oleh seorang pemilik kedai jahit berkenaan ragam pelanggan yang datang ke premisnya untuk mengubah pakaian.

Perkara itu dikongsi oleh seorang pengguna diaplikasi Thereads dikenali sebagai @mkamil14 sewaktu menemani ibunya ke premis berkenaan.

“Yang datang nak repair spender dan coli pun ada!. Spender dah pakai tau, bukan baru. Dah kuning-kuning dah. Pakcik cakap, ‘kau beli baru pasar malam tiga helai RM10 pun ada.

“Yang nak repair coli tu, pakcik tunjuk stapler kat dia pastu pakcik cakap: ‘kau stapler sendiri kasi kecik coli ko. Tak malu betul dia tau dik. Kami ni semua lelaki yang kerja sini,” luah pemilik kedai itu.

Lebih memeritkan kata pemilik premis itu, ada pelanggan yang datang untuk mengubah suai pakaian dengan meletakkan harga sendiri.

“Ada yang datang minta nak pendekkan baju atau seluar tapi nak bayar RM2 je.Dia ingat dia hidup di tahun berapa?.

“Ada yang datang nak jahit langsir (kedai pakcik ini memang sediakan khidmat jahit langsir juga), tapi nak RM4 je tau,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut berkongsi pengalaman melayan kerenah pelanggan masing-masing.

“Saya pun menjahit, macam-macam kerenah boleh jumpa, ada yang nak cepat tapi tak fikir pun kita sendiri ada hal lain yang nak dibuat,” kata @nurakalily.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @ddkyen.

“Saya part time (separuh masa) menjahit kat kedai jahit, memang macam-macam jenis manusia ada kalau nak alter baju ni. Kalau dapat yang kekwat (banyak ragam lagi la,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI