fbpx

Wujudkan RUU kawal pesalah seksual memasuki pekerjaan melibatkan golongan rentan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aiman Athirah ( enam kiri barisan ketiga) bersama perwakilan yang hadir pada Konvensyen Awan hari ini.

KLANG – Kerajaan dicadang mewujudkan Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengawal kemasukan pesalah seksual ke dalam pekerjaan dan aktiviti melibatkan golongan rentan di negara ini.

Cadangan itu antara tiga usul yang dibahaskan dalam Konvensyen Angkatan Wanita Parti Amanah Negara (Awan) 2024 di sini, hari ini.

Ketuanya, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, usul itu dikemukakan kepada jawatankuasa konvensyen selepas mengikuti perkembangan semasa terutama berkaitan Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH).

Lebih 600 perwakilan menghadiri konvensyen itu yang meliputi 13 usul dikemukakan termasuk cadangan mengenai RUU tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI